Wednesday, August 12, 2009

SELAMAT DATANG KEPADA PUAN ANITA...

Kelab Guru mengalu-alukan kedatangan Ketua Kerani, Puan Anita ke SK Cochrane, semoga dengan kehadiran CC yang baru, kerja-kerja pentadbiran sekolah berjalan dengan lebih lancar dan sempurna. Diharapkan guru-guru turut memberikan kerjasama untuk menyempurnakan semua urusan.

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK...

Sempena kedatangan bulan yang mulia tak lama lagi, Kelab Guru ingin mengucapkan Selamat Berpuasa dan menyambut Ramadhan Al-Mubarak kepada semua guru dan kakitangan SK Cochrane semoga ibadah kita semua diterima olehNya.

Puasa tu puasa juga cikgu2 ye...tapi kerja tetap kerja...jangan ada yang terlajak, pagi2 dah ke kantin..:p

Puan Azliza dah jadi mama....

Tahniah diucapkan kepada Puan Azliza Ithnin kerana telah menjadi mama kepada Izzat Danish pada 10hb Ogos 2009 tepat 2.46pagi...semoga kehadiran si kecil akan mengeratkan kasih sayang dalam keluarga dan menyerikan hidup ibu dan ayahnya.

Monday, June 1, 2009

Friday, May 29, 2009

JAMUAN PERPISAHAN

28hb Mei 2009...jamuan perpisahan diadakan oleh BKGDS untuk meraikan guru yang akan berpindah. Guru yang dimaksudkan ialah Puan Hidayah Sapuan, Ketua Panitia Muzik yang akan berpindah ke Pahang kerana mengikut suami tercinta.

Majlis dimulakan dengan ucapan aluan pengerusi, ucapan Guru Penolong Kanan 1, Puan Asnah Yunos seterusnya ucapan yang diraikan iaitu Puan Hidayah. Namun Puan Hidayah tidak mampu berkata-kata walaupun sepatah kerana terlalu sedih untuk meninggalkan SK Cochrane. Namun airmatanya sahaja sudah cukup untuk mentafsirkan perasaan beliau untuk meninggalkan SK Cochrane.

Puan Hidayah merupakan seorang guru yang bertanggungjawab, peramah, periang dan sangat mahir dalam bidang muzik. Tiada lagi gelak ketawanya yang kuat dan latahnya yang bersahaja di bilik guru.

BKGDS mendoakan semoga beliau akan terus cemerlang di sekolah yang baru nanti..
JASAMU DIKENANG...

Wednesday, May 20, 2009

KELAHIRAN

Tahniah diucapkan kepada guru dan staf yang baru menerima ahli keluarga baru..semoga kehadiran si kecil akan mengeratkan hubungan kekeluargaan.

1. Puan Noraisham
2. Puan Norazlin

Sedang menunggu giliran..

1. Puan Ernie Safiza
2. Puan Rizalina
3. Puan Azliza
4. Puan Ida Noryanie
5. Puan Norhanida

Puan-puan yang lain bila lagi?..heheheh

TAKZIAH......

BKGDS mengucapkan takziah kepada guru-guru atas pemergian keluarga terdekat mereka.

1. Puan Kamariah - takziah atas pemergian kakak yang disayangi.
2. Puan Syakirah dan Puan Aishah - takziah atas pemergian ayah tercinta
3. Puan Musliharyani - takziah atas pemergian abang tersayang.
4. Puan Norliza Che Noh - takziah atas pemergian ayah mertua.

Semoga tabah meneruskan kehidupan dan semoga roh orang-orang yang mereka sayangi dicucuri rahmatNya...amin!