Friday, May 29, 2009

JAMUAN PERPISAHAN

28hb Mei 2009...jamuan perpisahan diadakan oleh BKGDS untuk meraikan guru yang akan berpindah. Guru yang dimaksudkan ialah Puan Hidayah Sapuan, Ketua Panitia Muzik yang akan berpindah ke Pahang kerana mengikut suami tercinta.

Majlis dimulakan dengan ucapan aluan pengerusi, ucapan Guru Penolong Kanan 1, Puan Asnah Yunos seterusnya ucapan yang diraikan iaitu Puan Hidayah. Namun Puan Hidayah tidak mampu berkata-kata walaupun sepatah kerana terlalu sedih untuk meninggalkan SK Cochrane. Namun airmatanya sahaja sudah cukup untuk mentafsirkan perasaan beliau untuk meninggalkan SK Cochrane.

Puan Hidayah merupakan seorang guru yang bertanggungjawab, peramah, periang dan sangat mahir dalam bidang muzik. Tiada lagi gelak ketawanya yang kuat dan latahnya yang bersahaja di bilik guru.

BKGDS mendoakan semoga beliau akan terus cemerlang di sekolah yang baru nanti..
JASAMU DIKENANG...

Wednesday, May 20, 2009

KELAHIRAN

Tahniah diucapkan kepada guru dan staf yang baru menerima ahli keluarga baru..semoga kehadiran si kecil akan mengeratkan hubungan kekeluargaan.

1. Puan Noraisham
2. Puan Norazlin

Sedang menunggu giliran..

1. Puan Ernie Safiza
2. Puan Rizalina
3. Puan Azliza
4. Puan Ida Noryanie
5. Puan Norhanida

Puan-puan yang lain bila lagi?..heheheh

TAKZIAH......

BKGDS mengucapkan takziah kepada guru-guru atas pemergian keluarga terdekat mereka.

1. Puan Kamariah - takziah atas pemergian kakak yang disayangi.
2. Puan Syakirah dan Puan Aishah - takziah atas pemergian ayah tercinta
3. Puan Musliharyani - takziah atas pemergian abang tersayang.
4. Puan Norliza Che Noh - takziah atas pemergian ayah mertua.

Semoga tabah meneruskan kehidupan dan semoga roh orang-orang yang mereka sayangi dicucuri rahmatNya...amin!

Nak Ke mana tahun ni?

TRIP..TRIP..TRIP..

BKGDS bercadang untuk mengadakan rombongan hujung tahun nanti. Ye la..dah penat kerja setahun kita bagi la reward untuk diri sendiri kan...so nak minta pandangan cikgu2 dan staf2 semua ke mana kita nak pergi tahun ni? Sertakan la sekali apa yang menarik kat tempat tu untuk dilawati.

Kalo nak shopping best...ke Bandung (tak abis2 Bandung)
Kalo nak shopping bebas cukai...Ke Langkawi (Permintaan Puan Azimah..dia nak borong set pinggan kot..heheh)
Kalo nak lain skit..kita ke Sabah
Kalo nak bersejuk2..kita ke Cameron Highland...

Any idea?....

INTRO..

Blog BKGDS ini ditubuhkan adalah sebagai medium untuk guru-guru dan staf SK Cochrane berinteraksi antara satu sama lain. Selain itu matlamat utama penubuhan blog ini adalah sebagai buletin untuk semua aktiviti yang telah, sedang dan akan dilaksanakan.

Pihak moderator berharap blog ini dapat digunakan sebaiknya untuk kemudahan bersama.